Rabu, 24 Ogos 2016

Teori kedatangan Islam




TEORI KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA


 
       Tanah melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempuyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.



       Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui para pedagang dari Tanah Arab, China dan India. Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab telah dikemukan oleh John Crawford dan pendapatnya telah disokong oleh Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas. Beliau telah mengemukan pendapatnya yang menyatakan bahawa agama Islam datang daripada peranan pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab.Hal ini adalah kerana pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China pada abad ke-7 Masihi, iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah. Selain itu,berlakunya kewujudan persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab. Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh ‘Sheikh’ dari Semenanjung Tanah Arab seperti karya Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulaunan Sulu.

                                  
  Hikayat Raja-Raja Pasai                                              Hikayat Merong Mahawangsa





       Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan disokong oleh S.Q. Fatimi. Beliau telah mengemukan pendapatnya yang menyatakan bahawa agama Islam datang daripada peranan pedagang Islam dari China. Menurut Eredia, Canton (Khan Fo) pernah menjadi perdagangan terkenal sejak abad ke-9 dan menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang China memeluk Islam. Kemudian pada tahun 876 Masihi pedagang dari Canton atau Amoy ini ke Asia Tenggara secara beramai-ramai. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu dan batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang serta wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.

Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang,
Terengganu.







        Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui para pedagang Islam dari India. Teori kedatangan Islam dari India telah dikemukan oleh Snouck Hurgronje (Sarjana Belanda). Hal ini dapat dibuktikan dengan cara Islam mula berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan pantai Koromandel pada kurun ke-13 Masihi. Hubungan dagangan dengan India telah lama wujud dan ini memberi peluang pedagang Islam India menyebarkan Islam melalui aktiviti perdagangan. Terdapat persamaan unsur hindu dalam budaya masyarakat Asia Terengganu seperti batu marmar pada batu nisan dan mempunyai ciri buatan India contohnya di batu nisan Raja Malik Pasai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan