Rabu, 24 Ogos 2016

KEPENTINGAN BERAGAMA KEPADA SETIAP MANUSIA

Kepentingan beragama kepada setiap manusia
           Kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir yang baik dan buruk.



 Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Langkah-langkah untuk menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan banyak bersyukur kepada Allah. Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu dan dengan latihan-latihan rohani. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala amalan yang terkandung dalam Al-Quran supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan yang kita lakukan.

        
                    Rajah menunjukkan contoh perkara yang menyalahi agama dari sudut sahsiah
           
        Selain itu, pentingnya beragama kepada setiap manusia ialah membentuk jiwa dan diri yang bersih. Membentuk jiwa dapat menjadikan seseorang manusia hidup dalam ketenangan dan keamanan. Jiwa terbentuk dari bahan yang halus dari cahaya. Ia dapat bergerak dengan sangat pantas. Jiwa itu percampuran dari nafsu, akal dan angan-angan manusia. Faktor jiwa manusia itu kotor ialah cinta dunia dan hawa nafsu. Cara untuk menjaga jiwa dengan cara mengurangi dan menghindari percakapan atau perbualan yang sia-sia. Justeru itu, kita mestilah mendekatkan diri dengan Allah dan mengingati Allah agar dapat memelihara jiwa dan diri daripada perkara yang tidak elok.

       

          Disamping itu, setiap manusia dapat mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup.
 Ramai yang menganggap bahawa untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup itu terletak kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Manusia sanggup bertungkus lumus bekerja dan mengorbankan hartanya semata-mata bagi memperolehi kebahagiaan yang ingin mereka kecapi. Walhal, apa yang mereka fikir itu adalah salah. Untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup dengan mempelajari agama. Faktor-faktor untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup ialah bersungguh-sungguh melakukan ibadat, menjauhi perbuatan dosa dan maksiat, beramal soleh atau bertakwa dan sebagainya. Hal yang demikian, kita hendaklah

          
         Kepentingan beragama kepada setiap manusia juga dapat menyedari tanggungjawab manusia di dunia. Tanggungjawab manusia ialah beribadah kepada Allah.


Rajah diatas menunjukkan contoh ibadah kepada Allah

Setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah SWT serta mengikut arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Jika demikian, segala makanan, minuman, pekerjaan, pelajaran atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taat kepada Allah SWT serta teguh beribadah kepada-Nya. Ini bermakna rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya adalah tempat beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah SWT ini merupakan tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.




             

            Akhir sekali, manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. 
Cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim ialah ketika di musim perayaan dengan kunjung mengunjungi sanak saudara, memberikan pertolongan bila diperlukan dan sebagainya. Allah SWT sangat menyukai orang yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dan akan mengurniakan pahala yang besar kepada mereka yang menjaga hubungan silaturahim itu. Pada masa kini, penggunaan media massa sosial banyak digunakan oleh manusia untuk menghubungkan yang jauh. Hal ini, dapat memperkukuhkan lagi  hubungan silaturahim dan dapat melepaskan rindu jika anak-anak belajar di perantauan.

22 ulasan:

  1. Beberapa kaum boleh dijadikan agama sebagai cita rahsia sebelum nikah kahwinan agama bole dicapaiamalan baik dan amalan buruk sentiasa di dunia in kalau kita bersopan antara satu sama lain pekerti kita tidak boleh raksia

    BalasPadam
  2. Kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir yang baik dan buruk.
    Selain itu, pentingnya beragama kepada setiap manusia ialah membentuk jiwa dan diri yang bersih. Membentuk jiwa dapat menjadikan seseorang manusia hidup dalam ketenangan dan keamanan. Jiwa terbentuk dari bahan yang halus dari cahaya. Ia dapat bergerak dengan sangat pantas. Jiwa itu percampuran dari nafsu, akal dan angan-angan manusia.
    Akhir sekali, manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.
    Cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim ialah ketika di musim perayaan dengan kunjung mengunjungi sanak saudara, memberikan pertolongan bila diperlukan dan sebagainya。
    Pada masa kini, penggunaan media massa sosial banyak digunakan oleh manusia untuk menghubungkan yang jauh. Hal ini, dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan dapat melepaskan rindu jika anak-anak belajar di perantauan。

    BalasPadam
  3. Beberapa kaum boleh dijadikan agama sebagai cita rahsia sebelum nikah kahwinan agama bole dicapaiamalan baik dan amalan buruk sentiasa di dunia in kalau kita bersopan antara satu sama lain pekerti kita tidak boleh raksia

    BalasPadam
  4. Info yang amat amat berfaeda dan dan bermanfaat

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas maklumat yang diberi 😊

    BalasPadam
  6. Terima kasih.Infobyqng fiberikan sangat bermanfaat.Lps ni x tkt lah nak jwb quiz😘😘😘

    BalasPadam
  7. Terima kasih..teruskan memberi ilmu bermanfaat kepada manusia

    BalasPadam
  8. terima kasih,siesie,nandri,thank you.

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas pemberian ilmu ini.

    BalasPadam
  10. Boleh tak kalau sediakan dalam bentuk point...lagi senang nak faham

    BalasPadam
  11. Jangan cakap allah allah allah sahaja semua nya adalah tuhan fahamkan itu

    BalasPadam
  12. terima kasih atas pengkongsian ilmu ini...sangat informatif

    BalasPadam