Rabu, 24 Ogos 2016

SEBAB-SEBAB AGAMA ISLAM MUDAH BERKEMBANG SEMASA KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

SEBAB-SEBAB AGAMA ISLAM MUDAH BERKEMBANG SEMASA KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA.

                              

FAKTOR PENDAGANGAN



                              Rajah menunjukkan pelabuhan di Melaka pada zaman dahulu

Penyebaran Islam telah disebarkan  oleh golongan pedagang  dari luar yang bertindak sebagai pedagang dan mubaligh.Mubaligh adalah golongan ulama’ dan golongan sufi. Walaubagai manapun, pada peringkat awal tumpuan perdagangan ialah dengan negara China, akan tetapi pedagang-pedagang terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan-pelabuhan Kepulauan Melayu untuk menunggu angin monsun yang tidak sesuai untuk meneruskan pelayaran ke China atau untuk pulang ke Tanah Arab.

Rajah diatas menunjukkan antara barang dagangan yang dibawa oleh orang Cina 

 Oleh itu, mereka terpaksa menetap di Melaka.Dalam jangka masa yang panjang ini, pedagang-pedagang ini mempunyai masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan  menyebarkan Agama Islam di Melaka. Biasanya pendakwahan mereka ini dijalankan dalam kalangan semasa pedagang, namun demikian penyebaran agama Islam yang dijalankan begini tidaklah meluas. Ia terhad dalam kalangan pedagang-pedagang dan di kota-kota pelabuhan sahaja. Sebagai contoh Syahbandar Melaka telah menyebabkan ramai pedagang dari sekitar Kepulauan Melayu itu memeluk Islam.
Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka biasanya akan mendapat layanan yang istimewa daripada syahbandar-syahbandar ini. Justeru itu, untuk mendapatkan layanan yang istimewa ini, ramai pedagang dari Kepulauan Melayu yang lain, seperti Brunei, Ternate, Maluku, Jawa, dan Sulawesi telah memeluk agama Islam.

Rajah diatas menunjukkan rempah ratus yang didagang oleh orang India

Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau  ini sejak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat Agama Islam di perkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Pendapat ini berasakan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Acheh yang merupakan pusat-pusat perkembangan Islam disamping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi, terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau luar Negara. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi Negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.  

FAKTOR PEMBESAR
 Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhamma







FAKTOR PERLUASAN KUASA & POLITIK

Dua buah Negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah Melaka pada abad ke-15 dan Acheh , abad ke-16&17.
 
Rajah menunjukkan peta negeri Acheh

Di zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Lazimnya, raja disebuah negeri yang ditawan tidak suka diislamkan, namun untuk mendapatkan layanan yang baik , mereka turut memeluk Islam. Pengislaman raja kebiasaannya akan diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu dapat menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam.



FAKTOR PERKAHWINAN

                               Rajah diatas menunjukkan perkahwinan yang diadakan di Malaysia

       Perkahwinan merupakan factor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau india yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan pueri-puteri tempatan. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekeyaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Pada zaman Melayu Melaka melakukan perkahwinan dengan anak-anak dikalangan pembesar. Perhubungan keluarga telah memudahkan proses penyebaran Islam dengan cara berdakwah dikalangan kerabat mereka sendiri. Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari Negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggil siasah. Langkah ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah Negara. Umpamanya perkahwinan Puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan