Rabu, 24 Ogos 2016

Kesimpulan

       Kesimpulan yang saya dapat simpulkan daripada e-folio yang telah kami hasilkan ini iaitu berkaitan Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke-13.

       Sebenarnya wujud kepelbagaian teori kedatangan Islam di Alam Melayu adalah disebabkan wujudnya aktiviti perdangangan antara China, India dan Arab dengan Alam Melayu. Oleh itu, terdapat bukti-bukti yang ditemui di kawasan-kawasan ini yang mengaitkan mereka di antara satu sama lain. Tambahan pula, sifat orang Arab yang suka berdagang di suatu kawasan dan membina penempatan menyebabkan sukar untuk kita ketahui dari mana mereka singgah terlebih dahulu sebelum mereka datang ke Alam Melayu. Sama ade mereka berlayar terus dari Arab ke Alam Melayu atau mereka membina penempatan di kawasan India atau China sebelum ke Alam Melayu.

      Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Antara sebab-sebab agama Islam mudah berkembang semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ialah faktor pendagangan, faktor pembesar, faktor perdagangan, faktor perluasan kuasa dan politik dan faktor perkahwinan. Malah, ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan islam yang utama di Melaka.

       Kepentingan beragama kepada setiap manusia adalah sangat penting kerana dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pentingnya agama kepada setiap manusia kerana agama memainkan peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya pembangunan manusia.  


        Sumbangan kedatangan islam kepada manusia ialah dapat meningkatkan penyebaran agama islam agar agama islam dapat menyebar secara meluas di seluruh dunia. Seterusnya dapat menanam semangat keagamaan dalam diri dan generasi muda. Selain itu, dapat mengebahkan tentang keindahan islam kepada rakyat agar kaum lain tertarik untuk memeluk islam dengan mengadakan kempen kesedaran agar islam tidak lenyap ditelan zaman. Tambahan pula, kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama islam inilat telah berjaya membentuk satu lakaran perjalan bangsa melayu di Tanah melayu. Disamping itu, kedatangan islam ke tanah melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Membanyakkan unsur agama Islan dalam pendidikan, teknologi dan media massa juga adalah sumbangan kedatangan islam. Akhir sekali, kedatangan islam ke Tanah Melayu telah berjaya memartabatkan bahasa melayu dengan cara membentuk para penggunaanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan