Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam,
masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas
kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan
yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam
telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam,
kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati
bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.
Rajah diatas menunjukkan kawasan Tanah Melayu
Kedatangan Islam ke Tanah
Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan
kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia
Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan
dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di
persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.
Mengikut cacatan Marco Polo,
agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292,
semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat
Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan
pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh
para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya
negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin).
Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di
Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun
1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk
Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-
Marco Polo
negeri lain di
sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16
Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan
Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad
lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga
menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .
Rajah diatas menunjukkan Pelabuahn Melaka pada zaman dahulu
Dari sudut sejarahnya
selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak
keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya
dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan
undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun
Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan
Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor.
Perubahan dalam bidang
sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai
akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka
seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam
bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan
politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak
mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan