Rabu, 24 Ogos 2016

LAMPIRAN


Lampiran














https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiM_PjG7NvOAhXHtI8KHZlKCi0QjBwIBA&url=https%3A%2F%2Fchrissycostanza.files.wordpress.com%2F2013%2F08%2F1005810_196050513902986_312704371_n.jpg&bvm=bv.130731782,d.c2I&psig=AFQjCNHKd-N7MGKDGuqub0Lj1j9KCIPSOQ&ust=1472189724283151


https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=europe+muslim&oq=europe+muslim&gs_l=img.12...0.0.2.30753.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1ac..64.img..0.0.0.IuHV1-o3pJY#hl=en&tbm=isch&q=muslim+in+arabic&imgrc=Uyv3XmkpZ2CrPM%3A



https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=europe+muslim&oq=europe+muslim&gs_l=img.12...0.0.2.30753.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1ac..64.img..0.0.0.IuHV1-o3pJY



https://www.google.com/search?biw=1366&bih=667&tbm=isch&sa=1&btnG=Search&q=self+esteem#tbm=isch&q=muslim+pray




https://www.google.com/search?q=barang+dagangan+arab&hl=en&biw=1366&bih=623&site=imghp&source=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwjIxbLG5NnOAhXBp48KHcbaAzoQ_AUIBSgA&dpr=1





https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=malacca+malaysia&oq=malacca+&gs_l=img.1.0.0l10.1680.3987.0.6304.8.7.0.1.1.0.165.820.1j6.7.0....0...1ac.1.64.img..0.8.827.hWS4eSqc4d4#hl=en&tbm=isch&q=rempah+ratus+india




https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=malacca+malaysia&oq=malacca+&gs_l=img.1.0.0l10.1680.3987.0.6304.8.7.0.1.1.0.165.820.1j6.7.0....0...1ac.1.64.img..0.8.827.hWS4eSqc4d4#hl=en&tbm=isch&q=sutera+china



https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=malacca+malaysia&oq=malacca+&gs_l=img.1.0.0l10.1680.3987.0.6304.8.7.0.1.1.0.165.820.1j6.7.0....0...1ac.1.64.img..0.8.827.hWS4eSqc4d4#hl=en&tbm=isch&q=malaya+warrior&imgrc=_



https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=malacca+malaysia&oq=malacca+&gs_l=img.1.0.0l10.1680.3987.0.6304.8.7.0.1.1.0.165.820.1j6.7.0....0...1ac.1.64.img..0.8.827.hWS4eSqc4d4




https://www.google.com/search?hl=en&noj=1&biw=1366&bih=623&site=imghp&tbm=isch&q=john+crawford&spell=1&sa=X&ved=0ahUKEwizyPWtz9nOAhWJso8KHTf7D0YQvwUILSgA




https://www.google.com/search?hl=en&noj=1&biw=1366&bih=623&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=batu+bersurat+terengganu&oq=batu+bersurat+ter&gs_l=img.1.0.0j0i5i30k1l2j0i24k1l6.185404.194803.0.197165.43.22.1.0.0.0.217.825.0j4j1.5.0....0...1c.1.64.img..37.6.834...0i8i30k1.a9GygUZWm6o



majalah didik 2007 "sejarah islam berkembang di asia tenggara"muka surat 5-7











Kesimpulan

       Kesimpulan yang saya dapat simpulkan daripada e-folio yang telah kami hasilkan ini iaitu berkaitan Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke-13.

       Sebenarnya wujud kepelbagaian teori kedatangan Islam di Alam Melayu adalah disebabkan wujudnya aktiviti perdangangan antara China, India dan Arab dengan Alam Melayu. Oleh itu, terdapat bukti-bukti yang ditemui di kawasan-kawasan ini yang mengaitkan mereka di antara satu sama lain. Tambahan pula, sifat orang Arab yang suka berdagang di suatu kawasan dan membina penempatan menyebabkan sukar untuk kita ketahui dari mana mereka singgah terlebih dahulu sebelum mereka datang ke Alam Melayu. Sama ade mereka berlayar terus dari Arab ke Alam Melayu atau mereka membina penempatan di kawasan India atau China sebelum ke Alam Melayu.

      Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini telah membawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Antara sebab-sebab agama Islam mudah berkembang semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ialah faktor pendagangan, faktor pembesar, faktor perdagangan, faktor perluasan kuasa dan politik dan faktor perkahwinan. Malah, ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perkembangan islam yang utama di Melaka.

       Kepentingan beragama kepada setiap manusia adalah sangat penting kerana dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pentingnya agama kepada setiap manusia kerana agama memainkan peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya pembangunan manusia.  


        Sumbangan kedatangan islam kepada manusia ialah dapat meningkatkan penyebaran agama islam agar agama islam dapat menyebar secara meluas di seluruh dunia. Seterusnya dapat menanam semangat keagamaan dalam diri dan generasi muda. Selain itu, dapat mengebahkan tentang keindahan islam kepada rakyat agar kaum lain tertarik untuk memeluk islam dengan mengadakan kempen kesedaran agar islam tidak lenyap ditelan zaman. Tambahan pula, kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama islam inilat telah berjaya membentuk satu lakaran perjalan bangsa melayu di Tanah melayu. Disamping itu, kedatangan islam ke tanah melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Membanyakkan unsur agama Islan dalam pendidikan, teknologi dan media massa juga adalah sumbangan kedatangan islam. Akhir sekali, kedatangan islam ke Tanah Melayu telah berjaya memartabatkan bahasa melayu dengan cara membentuk para penggunaanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah. 

SEBAB-SEBAB AGAMA ISLAM MUDAH BERKEMBANG SEMASA KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

SEBAB-SEBAB AGAMA ISLAM MUDAH BERKEMBANG SEMASA KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA.

                              

FAKTOR PENDAGANGAN



                              Rajah menunjukkan pelabuhan di Melaka pada zaman dahulu

Penyebaran Islam telah disebarkan  oleh golongan pedagang  dari luar yang bertindak sebagai pedagang dan mubaligh.Mubaligh adalah golongan ulama’ dan golongan sufi. Walaubagai manapun, pada peringkat awal tumpuan perdagangan ialah dengan negara China, akan tetapi pedagang-pedagang terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan-pelabuhan Kepulauan Melayu untuk menunggu angin monsun yang tidak sesuai untuk meneruskan pelayaran ke China atau untuk pulang ke Tanah Arab.

Rajah diatas menunjukkan antara barang dagangan yang dibawa oleh orang Cina 

 Oleh itu, mereka terpaksa menetap di Melaka.Dalam jangka masa yang panjang ini, pedagang-pedagang ini mempunyai masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan  menyebarkan Agama Islam di Melaka. Biasanya pendakwahan mereka ini dijalankan dalam kalangan semasa pedagang, namun demikian penyebaran agama Islam yang dijalankan begini tidaklah meluas. Ia terhad dalam kalangan pedagang-pedagang dan di kota-kota pelabuhan sahaja. Sebagai contoh Syahbandar Melaka telah menyebabkan ramai pedagang dari sekitar Kepulauan Melayu itu memeluk Islam.
Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka biasanya akan mendapat layanan yang istimewa daripada syahbandar-syahbandar ini. Justeru itu, untuk mendapatkan layanan yang istimewa ini, ramai pedagang dari Kepulauan Melayu yang lain, seperti Brunei, Ternate, Maluku, Jawa, dan Sulawesi telah memeluk agama Islam.

Rajah diatas menunjukkan rempah ratus yang didagang oleh orang India

Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau  ini sejak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat Agama Islam di perkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Pendapat ini berasakan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Acheh yang merupakan pusat-pusat perkembangan Islam disamping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi, terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau luar Negara. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi Negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.  

FAKTOR PEMBESAR
 Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhamma







FAKTOR PERLUASAN KUASA & POLITIK

Dua buah Negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah Melaka pada abad ke-15 dan Acheh , abad ke-16&17.
 
Rajah menunjukkan peta negeri Acheh

Di zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Lazimnya, raja disebuah negeri yang ditawan tidak suka diislamkan, namun untuk mendapatkan layanan yang baik , mereka turut memeluk Islam. Pengislaman raja kebiasaannya akan diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu dapat menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam.



FAKTOR PERKAHWINAN

                               Rajah diatas menunjukkan perkahwinan yang diadakan di Malaysia

       Perkahwinan merupakan factor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau india yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan pueri-puteri tempatan. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekeyaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Pada zaman Melayu Melaka melakukan perkahwinan dengan anak-anak dikalangan pembesar. Perhubungan keluarga telah memudahkan proses penyebaran Islam dengan cara berdakwah dikalangan kerabat mereka sendiri. Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari Negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggil siasah. Langkah ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah Negara. Umpamanya perkahwinan Puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.

KEPENTINGAN BERAGAMA KEPADA SETIAP MANUSIA

Kepentingan beragama kepada setiap manusia
           Kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir yang baik dan buruk.



 Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Langkah-langkah untuk menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan banyak bersyukur kepada Allah. Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu dan dengan latihan-latihan rohani. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala amalan yang terkandung dalam Al-Quran supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan yang kita lakukan.

        
                    Rajah menunjukkan contoh perkara yang menyalahi agama dari sudut sahsiah
           
        Selain itu, pentingnya beragama kepada setiap manusia ialah membentuk jiwa dan diri yang bersih. Membentuk jiwa dapat menjadikan seseorang manusia hidup dalam ketenangan dan keamanan. Jiwa terbentuk dari bahan yang halus dari cahaya. Ia dapat bergerak dengan sangat pantas. Jiwa itu percampuran dari nafsu, akal dan angan-angan manusia. Faktor jiwa manusia itu kotor ialah cinta dunia dan hawa nafsu. Cara untuk menjaga jiwa dengan cara mengurangi dan menghindari percakapan atau perbualan yang sia-sia. Justeru itu, kita mestilah mendekatkan diri dengan Allah dan mengingati Allah agar dapat memelihara jiwa dan diri daripada perkara yang tidak elok.

       

          Disamping itu, setiap manusia dapat mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup.
 Ramai yang menganggap bahawa untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup itu terletak kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Manusia sanggup bertungkus lumus bekerja dan mengorbankan hartanya semata-mata bagi memperolehi kebahagiaan yang ingin mereka kecapi. Walhal, apa yang mereka fikir itu adalah salah. Untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup dengan mempelajari agama. Faktor-faktor untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup ialah bersungguh-sungguh melakukan ibadat, menjauhi perbuatan dosa dan maksiat, beramal soleh atau bertakwa dan sebagainya. Hal yang demikian, kita hendaklah

          
         Kepentingan beragama kepada setiap manusia juga dapat menyedari tanggungjawab manusia di dunia. Tanggungjawab manusia ialah beribadah kepada Allah.


Rajah diatas menunjukkan contoh ibadah kepada Allah

Setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah SWT serta mengikut arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Jika demikian, segala makanan, minuman, pekerjaan, pelajaran atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taat kepada Allah SWT serta teguh beribadah kepada-Nya. Ini bermakna rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya adalah tempat beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah SWT ini merupakan tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.




             

            Akhir sekali, manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. 
Cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim ialah ketika di musim perayaan dengan kunjung mengunjungi sanak saudara, memberikan pertolongan bila diperlukan dan sebagainya. Allah SWT sangat menyukai orang yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dan akan mengurniakan pahala yang besar kepada mereka yang menjaga hubungan silaturahim itu. Pada masa kini, penggunaan media massa sosial banyak digunakan oleh manusia untuk menghubungkan yang jauh. Hal ini, dapat memperkukuhkan lagi  hubungan silaturahim dan dapat melepaskan rindu jika anak-anak belajar di perantauan.

Teori kedatangan Islam




TEORI KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA


 
       Tanah melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempuyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.



       Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui para pedagang dari Tanah Arab, China dan India. Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab telah dikemukan oleh John Crawford dan pendapatnya telah disokong oleh Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas. Beliau telah mengemukan pendapatnya yang menyatakan bahawa agama Islam datang daripada peranan pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab.Hal ini adalah kerana pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China pada abad ke-7 Masihi, iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah. Selain itu,berlakunya kewujudan persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab. Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh ‘Sheikh’ dari Semenanjung Tanah Arab seperti karya Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulaunan Sulu.

                                  
  Hikayat Raja-Raja Pasai                                              Hikayat Merong Mahawangsa





       Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan disokong oleh S.Q. Fatimi. Beliau telah mengemukan pendapatnya yang menyatakan bahawa agama Islam datang daripada peranan pedagang Islam dari China. Menurut Eredia, Canton (Khan Fo) pernah menjadi perdagangan terkenal sejak abad ke-9 dan menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang China memeluk Islam. Kemudian pada tahun 876 Masihi pedagang dari Canton atau Amoy ini ke Asia Tenggara secara beramai-ramai. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu dan batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang serta wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.

Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang,
Terengganu.







        Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui para pedagang Islam dari India. Teori kedatangan Islam dari India telah dikemukan oleh Snouck Hurgronje (Sarjana Belanda). Hal ini dapat dibuktikan dengan cara Islam mula berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan pantai Koromandel pada kurun ke-13 Masihi. Hubungan dagangan dengan India telah lama wujud dan ini memberi peluang pedagang Islam India menyebarkan Islam melalui aktiviti perdagangan. Terdapat persamaan unsur hindu dalam budaya masyarakat Asia Terengganu seperti batu marmar pada batu nisan dan mempunyai ciri buatan India contohnya di batu nisan Raja Malik Pasai.

PENGENALAN

Pengenalan


Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.


Rajah diatas menunjukkan kawasan Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.

Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-

                 Marco Polo
negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .



Rajah diatas menunjukkan Pelabuahn Melaka pada zaman dahulu


Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor.


Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Jumaat, 12 Ogos 2016

OBJEKTIF

Objektif

Melalui kajian ini, kumpulan kami dapat:
1.     Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung kita dapat mengetahui lebih mendalam tentang teori kedatangan islam ke tanah Malayu.
2.    Dapat memahami dan menghayati sejarah supaya kita berbangga menjadi warga nagara yang bertanggungjawab mempertahankan agama islam. Ini disebabkan kita dapat mengumpul maklumat tentang sebab-sebab agama islam mudah berkembang semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.
3.  Menghargai dan menanam semangat keagamaan dalam diri kita dan generasi muda yang lain agar kepentingan beragamadapat dipertingkatkan